Powered by Jasper Roberts - Blog

Bekas tahanan darurat ditembak mati


Bekas tahanan darurat ditembak mati


Seorang bekas tahanan darurat yang baru dibebaskan, ditembak mati ketika sedang menunggu anaknya di hadapan sebuah sekolah menengah di Selayang Baru, di sini hari ini.


K. Archuthan, 41, ditembak ketika dia dan isteri menunggu anak lelaki mereka yang berumur 16 tahun dalam sebuah kereta jenis Toyota Camry pada pukul 1 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata tembakan yang dilepaskan dari jarak dekat itu turut menyebabkan isteri lelaki berkenaan cedera di pinggang.

"Dua lelaki memakai topi keledar bertutup penuh yang menaiki sebuah motosikal menghampiri kereta mangsa dari arah belakang dan seorang daripadanya melepaskan tembakan.

"Enam kelongsong peluru 9mm ditemui di tempat kejadian. Motif kejadian masih disiasat," katanya dalam khidmat SMS di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata mayat Archuthan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat manakala isterinya dirawat di Hospital Selayang. -Bernama

budak nakal: kejadian ini berlaku berdekatan rumah koz, semasa kejadian koz ada di kawasan berhampiran kerana suasana semasa itu agak sibuk dengan kenderaan yang mengambil dan menghantar budak sekolah.
Ranking: 5

Comments:3

29 August, 2012 22:58

kuar berite tadi kan...

30 August, 2012 00:58

eyRa_dzuhaiRah @ yup, mangsa bunuh apa yg koz tau die sedang tunggu kepulangan anak die dri sekolah, kesian gak sbb thun ni adanknya SPM...:(

22 May, 2013 02:04

apa yang berlaku pasti ada hikmahnya

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net