Powered by Jasper Roberts - Blog

Perompak tembak mati lelaki di kafe siber.

Lelaki mati ditembak perompak di kafe siber di Jinjang

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki mati selepas ditembak seorang daripada dua suspek yang menyamun RM2,000 dari sebuah kafe siber di Taman Jinjang Baru di sini, awal hari ini.


Dalam kejadian jam 6.40 pagi itu, mangsa yang berumur 34 tahun itu terkena dua daripada tiga das tembakan ketika cuba mengejar kedua-dua suspek yang melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata mangsa yang cedera parah di perut dan paha, meninggal dunia di Hospital Selayang.

"Siasatan awal menunjukkan suspek menggunakan sepucuk pistol dan sebilah parang," katanya dalam khidmat pesanan ringkas kepada Bernama di sini, hari ini.

Ku berkata, mangsa pergi ke premis itu untuk menjemput isterinya yang bekerja sebagai juruwang.

Polis kini giat memburu kedua-dua suspek berumur lingkungan 40-an. - BERNAMA


budak nakal: sekarang ini makin banyak kes bunuh tiap hari berlaku baik dalam dan luar negara.


Ranking: 5

Komen Di Sini

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net