Powered by Jasper Roberts - Blog

Telemovie Nur Ramadan Tv3


Telemovie Nur Ramadan Tv3

Nur seorang kanak-kanak cilik yang periang, rajin, berdikari dan pandai mengambil hati orang sekelilingnya. Nur telah dibawa tinggal di bandar bersama dengan ibunya, Syakilla (Killa) dan bapa tirinya, Latif setelah kematian neneknya seminggu sebelum puasa.


Namun kehadiran Nur tidak disenangi oleh Latif kerana dia tidak mahu kasih sayangnya berbahagi dengan anak tirinya yang dianggap sebagai orang asing. Sikap dingin yang ditunjukkan Latif mengguris hati Killa yang sedang sarat mengandung tetapi dia serba salah antara anak dan suami. Nur sangat rapat dengan jiran sebelah rumahnya, Opah Mami.

Opah Mami juga menjadi tempat Nur meluahkan perasaannya. Malah Opah Mami sering mengajar Nur membaca zikir Ya Latif (Yang Maha Lembut) dan berdoa supaya ayah tirinya lembut hati. Apakah Latif akan membuka hati untuk menyayangi Nur?

Waktu siaran Nur Ramadan TV3

Raya Kedua (20 Ogos, Isnin), 9.30 pagi – 11.30 pagi

Pelakon Nur Ramadan TV3

Fauzi Nawawi, Fouziah Gous, Adik Balkis, Normah Damanhuri, Maimon Mutalib


Kalau tak keberatan like Fan page Budak Nakal Sekali untuk mendapatkan update-update terkini

>>Like<<
Ranking: 5

Comments:3

21 August, 2012 13:25

erm nur sangat cantik dan bijak

24 August, 2012 15:19

aqish the best... umur 5 tahun boleh bawa semua jenis watak.. dan watak nur dalam citer ni mmg hebat dilakonkan oleh aqish..

Anonymous
25 August, 2012 11:13

Xde publisiti pasal Aqish.padahal bdk nie mmg terbaek lakonannya.watak bobok pun tinggalkn kesan dlm cerekarama pelarian.hmm,,,

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net