Powered by Jasper Roberts - Blog

Kes bunuh penjaga tempat letak kereta di besut.


Penjaga tempat letak kereta dibunuh di Besut


Seorang penjaga tempat letak kereta persendirian ditemui mati dibunuh di satu kawasan terpencil di hujung Kampung Gong Manok, dekat Kuala Besut di sini, petang semalam.


Mangsa yang dikenali sebagai Faiza Jaafar, 27, berasal dari Kampung Beris Lampu, Kuala Besut dekat sini dipercayai diseksa sebelum dibunuh berdasarkan kesan tetakan senjata tajam serta kelaran di bahagian kaki dan belakang pinggang mangsa. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Zakaria, berkata mayat mangsa yang juga duda beranak satu, ditemui salah seorang ahli keluarganya pada jam 2.40 petang selepas hampir dua jam kehilangannya.
"Mayat mangsa ditemui dalam keadaan duduk terlentang di satu kawasan sawah padi.

"Mangsa dipercayai mati akibat tetakan di bahagian lutut kirinya hingga hampir putus, betis kiri dan di belakang bahagian pinggang," katanya ketika sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.

“Polis percaya mangsa dibunuh antara jam 5 petang hingga 9 malam Rabu lalu,” katanya.

Menurutnya pihak polis masih menjalankan siasatan terperinci dan kini sedang memburu beberapa suspek berdasarkan barang kes yang dijumpai.
Orang ramai yang melihat kejadian itu diminta menghubungi Inspektor Rozaimi Abd Rahim di talian 09-6956222 untuk sebarang maklumat.

Dalam perkembangan lain, Kamaruddin berkata, siasatan terhadap kejadian pecah masuk Kedai Emas Sri Kelantan di Kuala Besut kelmarin dipercayai membabitkan suspek warga asing selepas cap jari dikesan di pintu dan peti besi.

Dalam kejadian itu tuan punya kedai dilaporkan kerugian RM250,000 apabila barang kemas yang disimpan dalam peti besi itu lesap dilarikan penjenayah. - BERNAMA


Ranking: 5

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net