Powered by Jasper Roberts - Blog

Bunga Citra Lestari sukar turun berat badan


Penyanyi dan aktres Indonesia, Bunga Citra Lestari berkata, dia mengalami kesukaran untuk menurunkan berat badan sejak melahirkan anak pertamanya pada 2010.

Sehubungan itu, bintang berusia 29 tahun tersebut enggan menambah bilangan anak dalam tempoh terdekat.

“Sudah tentu saya mahukan anak yang ramai, namun bukan dalam masa terdekat ini.

“Sejak melahirkan anak, berat badan saya semakin meningkat dan sukar untuk diturunkan,” katanya.

Bunga berkahwin dengan pelakon kelahiran Malaysia, Ashraf Sinclair pada 2008 dan dikurniakan anak lelaki bernama Noah Sinclair pada September 2010.

Bintang tersebut turut menyatakan hasrat untuk menimang cahaya mata perempuan.

“Saya sudah dikurniakan anak lelaki, maka saya ingin cahaya mata perempuan pula.

“Buat masa kini, saya mahu menumpukan perhatian dalam bidang seni memandangkan saya baru aktif semula selepas berehat panjang,” ujarnya. – AGENSI
Ranking: 5

Komen Di Sini

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net