Powered by Jasper Roberts - Blog

Bekas ahli kumpulan rock ditahan SPRM



Artis masuk perangkap SPRM - Perbuatan seorang bekas ahli kumpulan rock tanah air sekitar tahun 1990-an dan rakannya yang cuba menipu pengurus sebuah kolej swasta di sini berbalas apabila mereka didenda RM10,000 dan dipenjara sehari oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Hakim Julie Lack Abdullah turut memerintahkan bekas ahli kumpulan rock Scan, Rustam Affandi Abdul Majid, 40, dan Addy Sany Ariffin, 42, dipenjara tiga bulan lagi jika gagal menjelaskan denda berkenaan. Mereka membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, kedua-duanya didakwa cuba menipu seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nor Azlizan Mohd. Ali, 29, yang menyamar sebagai pembiaya dan rakan kongsi lelap Kolej Crew Skills International (M) Sdn. Bhd.

Kolej berkenaan menawarkan latihan teori dan praktikal untuk tukang masak pelajar-pelajar luar negara.

Kedua-dua tertuduh didakwa cuba memperdayakan mangsa dengan kononnya boleh membantu mendapatkan kelulusan Lesen Pusat Bertauliah daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran bagi kolej berkenaan.

Ranking: 5

Komen Di Sini

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net