Powered by Jasper Roberts - Blog

Lisa Surihani Buat Repot Polis Kerana ditipu


Lisa Surihani membuat laporan di Balai Polis Bangi dekat sini pada Jumaat selepas menyedari ditipu berhubung kait dengan wang.

Lisa,27, berkata, dia membuat laporan itu dengan ditemani oleh ibunya Amira Ahmad, kira-kira pukul 2 petang Jumaat.

“Saya mengaku telah membuat laporan polis berhubung kes penipuan tetapi saya tidak dapat untuk menjelaskan kes itu secara terperinci.

“Bukan saya tidak mahu bekerjasama tetapi buat masa ini ia masih dalam siasatan pihak polis,” katanya .

Lisa berkata, sekiranya pihak polis selesai membuat siasatan, barulah dia bersedia untuk berkongsi kisah itu agar peristiwa berkenaan menjadi pengajaran kepada orang ramai.

“Saya tidak boleh mengulas panjang kerana ia masih dalam siasatan polis,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain Lisa juga sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri Maskara arahan Nizam Zakaria di samping Nasha Aziz dan Anzalna Nasir.

Ranking: 5

Comment: 1

12 January, 2013 17:31

Lisa CurihaTi <3

Blog Saya: KaoshiDroid

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net