Alamak, Ada Uban Lah.. !




Disaat kita mengeluh bila uban mula tumbuh di kepala, kita lupa ea bahawa Rasulullah dulu pun ada uban jugak? Kenapa perlu dye kan rambut dengan pelbagai produk yang diragui halalnya? Ish, tak ke nanti ditakuti air wuduk tidak sampai ke kulit kepala? Tapi kan, uban kan salah satu sebab untuk kita ingat akan mati, betul tak?

So, aku nak sharekan beberapa hadis berkenaan dengan uban di rambut Rasulullah. 

Anas bin Mas'ud r.a meriwayatkan :

Aku bertanya kepada Anas bin Malik, "Apakah Rasulullah S.A.W mewarnai rambutnya?". Dia menjawab,"Rasulullah S.A.W tidak pernah melakukannya, meskipun pada kedua pelipisnya terdapat uban. Tetapi, Abu Bakar pernah mewarnai rambutnya dengan inai dan al-katm." 
(Riwayat at-Tirmizi, al-Bukhari, Muslim, Abu Dawudm, Nasa'i dan Ahmad)

Eh, tengok tu. Walaupun kita nak buat alasan Abu Bakar pun kalerkan rambut, tengoklah balik, Abu Bakar kan kaler kan rambutnya dengan inai. Orang-orang sekarang ni? Bukan setakat inai, dye rambut kaler burung kakak tua pun ade taw. Hm, perlu diingatkan, walaupun produk tu cakap itu pewarna inai, pastikan ianya halal taw. Kalau tak, sia-sia jek nanti wuduk tak sampai kulit kepala, solat pun jadi tak sah.

Daripada hadis lain pulak, Ibnu Umar meriwayatkan :


"Uban Rasulullah S.A.W lebih kurang 20 helai."
(Riwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad)


E'eh, sikitnya? Oleh kerana sikit uban baginda, bila baginda pakai minyak rambut, uban pun tak nampak. Mestilah nampak lagi hensem baginda Rasulullah kesayangan kita tu kan? =)

Jabir bin Samurah meriwayatkan :

"Jika Rasulullah S.A.W memakai minyak rambut, uban beliau tidak terlihat. Tapi, ketika Rasulullah S.A.W tidak memakai minyak rambut, nampaklah uban Rasulullah."
(Riwayat at-Tirmizi, Muslim, Nasa'i dan Ahmad)

Hadis lain yang menyatakan apa yang menyebabkan rambut Rasulullah beruban ialah riwayat Ibnu Abbas iaitu : 




Abu Bakar berkata kepada Rasulullah S.A.W, "Wahai Rasulullah, kamu telah beruban." Maka Rasulullah S.A.W bersabda, "Yang membuatku beruban adalah Surah Hud, Al-Waqiah, Al-Mursalat, An-Naba' dan At-Takwir."
(Riwayat at-Tirmizi, Ibnu Sa'd dan Hakim)


Okay, itu je lah perkongsian setakat ni.
Selamat mengingati dan berselawat ke atas Nabi Junjungan kita, Rasulullah S.A.W  ! =)


Sepatah kata Iman Hayfa :

Andai kata Rasulullah masih ada, nak je aku tengok uban di rambutnya =') ... (Assalamualaika Ya Rasulullah)




credit to Majalah Gen-Q


Ranking: 5

Comments:6

28 February, 2013 12:28

rasulullah mmg hensem dankacak dgn akhlak yg terpuji..

lum de uban lagi setakt ni lah.. hehe

28 February, 2013 19:30

thx for sharing info begini. wlpn rmbut leeza tidak beruban, tp boeh disebarkan ilmu ini.

21 April, 2013 00:26

kalao cabut rambut beruban, camne?

01 May, 2013 16:55

@fiezaradzi: mesti seronok kan kalau Nabi Muhammad masih ada di dunia ini.. teringin melihat wajahnya

01 May, 2013 17:03

beruban tak bermaksud tua.. maknanya bijak banyak fikir.. heeee

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net