Powered by Jasper Roberts - Blog

Pangsapuri Beringin Puchong Sekali Lagi Diancam Kejadian Tanah Runtuh




Keselamatan kira-kira 300 penghuni sebuah blok Pangsapuri Beringin di sini terancam susulan kejadian tebing runtuh kali kedua berhampiran bangunan itu pada Selasa.
Kejadian pertama berlaku pada 19 Feb lepas, namun penduduk mendakwa kerja membaik pulih lambat disiapkan sehingga kejadian sama berulang sekitar 4.30 petang Selasa .
Menurut mereka, seorang jurucakap Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)mengarahkan penghuni blok B pangsapuri itu berpindah ke sebuah dewan berhampiran sebagai langkah keselamatan.
Seorang penghuni, Siti Zaleha Dalli, 38, menyifatkan kejadian kali ini lebih teruk berbanding yang pertama.
"Saya dimaklumkan tentang kejadian kira-kira 4.30 petang oleh anak saya sebelum saya sendiri melihat sebahagian besar daripada tebing bersebelahan bangunan telah runtuh. "Saya difahamkan paip pembentungan dan paip air yang pecah menyebabkan keadaan jadi teruk. Jarak tanah yang runtuh begitu hampir dengan rumah saya," katanya kepada Bernama.
Siti Zaleha turut melahirkan kekecewaan dengan kerja pembaikan susulan insiden pertama dahulu yang didakwa agak perlahan. "Bila jadi seperti ini, nak tidur pun tak senang, takut keadaan boleh mengancam nyawa. Kalau hujan, kami bertambah risau kerana tanah semakin mendap," katanya.
Seorang lagi penghuni, L.Vijayan, 31, turut berasa kecewa kerana menganggap kerja membaik pulih melibatkan pembinaan tembok sementara itu hanyalah penyelesaian jangka pendek.
"Pada kira-kira 2 pagi, saya dapat tahu ada paip pecah, masa itu hujan lebat tapi saya tidak sangka keadaan akan jadi seteruk ini sebab anggap tembok sementara yang dibina boleh bertahan, tetapi keadaan jadi sebaliknya," katanya. Sementara itu, seorang penghuni blok A yang hanya mahu dikenali sebagai Pong, 57, mendakwa kawasan berhampiran pangsapurinya menunjukkan kesan mendapan.
"Saya harap pihak berwajib dapat ambil tindakan secepat mungkin untuk menjamin keselamatan penduduk," katanya.
Tinjauan Bernama mendapati sebahagian tanah yang runtuh itu memasuki bahagian belakang deretan rumah teres terletak tidak jauh dari blok B pangsapuri berkenaan.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul mengesahkan kejadian itu dan berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Punca kejadian masih disiasat, katanya. -BERNAMA

Ranking: 5

Komen Di Sini

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net