Showing posts with label Blog Tips. Show all posts
Showing posts with label Blog Tips. Show all posts

Pagerank Budak Nakal Blogspot Masih PR3

7 comments

Pagerank Budak Nakal Blogspot Masih PR3, Google Page Rank Update


Google Page Rank Update - Salam semua, beberapa hari lepas Google telah mengudpate Pagerank mereka dan syukur Alhamdulillah Pagerank Blog ini masih lagi kekal PR3. Pagerank ini kalau korang nak tahu adalah kayu ukur atau kepercayaan google pada kualiti sesebuah blog. Jadi kepada blog yang memiliki PR yang tinggi akan mendapat tempat atau mendapat posisi yang baik di dalam search engine carian berbanding blog PR rendah.

Jadi untuk mendapat PR yang tinggi korang haruslah berdisiplin untuk mengupdate artikel di blog korang. Jangan main update sahaja, korang haruslah mengutamakan artikel yang korang kongsikan itu adakah ia merupakan artikel yang menjadi kebiasaan orang untuk mencari di engine carian. Sebarkan artikel yang sentiasa di cari orang itulah kunci sesebuah blog itu untuk mencapai tahap PR yang lebih baik dan sekali gus kunci kepada korang mendapat trafik yang semakin lama semakin meningkat dari hari ke hari.

Tingkatkan Trafik Blog Bersama Gilaping.com

5 comments

Gilaping.com ruangan ping artikel yang terbaik masakini untuk Tingkatkan Trafik Blog, itulah yang dapat koz ucapkan. Koz baru sahaja mencuba ruangan ping ini kurang dalam masa sebulan dan hasil trafik yang diterima amatlah menggalakkan.

Bagi seorang blogger, ruangan ping amatlah berguna bagi mempromosi atau mempromot artikel-artikel yang terbaru dan terkini dari blog mereka. Dengan cara ini dapat menarik minat dari pengunjung web gilaping untuk memasukki blog mereka.



Sebagai contoh yang diterbitkan diatas adalah hasil trafik yang diterima dari gilaping.com. Trafik ini adalah hasil perkongsian artikel blog ini kepada gilaping.com pada pukul 10 malam tadi dan hasil paparan ini adalah pada pukul 12.30 malam. Sepanjang 2 1/2 jam yang berlalu, inilah hasil trafik yang diterima.

Gilaping.com juga ada menyediakan ruangan radio fm yang bernama GilaPingFM untuk para pengunjungnya mendengar lagu-lagu yang diputar dan dimainkan setiap masa.

Jadi kepada anda yang berminat untuk menggunakan service ping yang super ini, bolehlah ke SINI.



Tips Cara Mengorat Awek Cun

14 comments


Tips Cara Mengorat Awek Cun

Di koz nak berkongsi beberapa tips-tips untuk jejaka yang masih single untuk mengorat aweks-aweks zaman moden ni. Ni zaman moden bro, bukan zaman 80-an, 90-an dah. So, ubah la cikit cara nak mengorat tu.

Tips Rahsia Trafik Budak Nakal Blogspot

28 comments






Hai all...seperti sedia maklum , sebelum ini koz ada kongsikan tips cara memajukan blog . Jadi hari ini koz akan kongsikan korang tips rahsia trafik yang koz miliki setiap hari untuk blog budak nakal,(ilmu harus di kongsikan).First sekali semasa korang ingin membuat artikel, kalau boleh gunakan tajuk artikel tersebut lain dari yang lain dan yang penting bersesuaian.
Kedua setelah menyiapkan artikel tetapkan keyword yang bersesuaian dan labelskan mengikut kategori yang sesuai.Ketiga selepas artikel di publish korang haruslah ping link artikel korang  di beberapa tempat seperti di bawah:(Benda yang koz lakukan setiap kali publish artikel baru)

Facebook
Busuk.org





GuaBlog.com





Apesal.com



Digg.com





Google+

google.com


Feedburner






Dan bermacam-macam lagi...rajinkan diri korang untuk pingkan setiap artikel baru korang jika ingin mendapatkan backlink yang berpatutan.

Keempat rajinkan diri untuk daftar di mana-mana forum yang korang boleh meninggalkan link artikel korang untuk di kongsikan kepada pengunjung forum tersebut.Sebabnya pada akhir artikel yang korang publish di forum tersebut korang letaklah link artikel blog korang, free-free dapat backlink.(Ni rahsia kedua terbesar blog budak nakal).

Kelima kalau rajin buatlah contest/giveaway dekat blog korang, ini untuk menambahkan lagi backlink blog korang jika ada penyertaan. Seperti yang koz buat sekarang adalah mencuba untuk menambahkan backlink melalui cara sponser hadiah untuk contest/giveaway yang dilakukan oleh pemilik blog lain. Seperti blog yanmieonline.com
Promot sikit^ ^.
giveaway yanmie
“Giveaway yanmieonline.com, menawarkan header blog hasil designer dari Budak Nakal

Keenam rajinkan diri mencari tips-tips blog di blog-blog otai sebagai contoh tips yang dikongsikan oleh blog Denaihati.com:




Buat masa ini, itu sahaja yang dapat koz kongsikan. Tips-tips yang berikutnya akan koz kongsikan lain hari, insyallah...Maap sebab penerangan koz terlalu simple, harap korang faham apa yang koz ingin kongsikan.

Sekian





Soal Jawap Nuffnang Soal Buffered Earnings

8 comments


Hai all...baru-baru ini koz telah memberi soalan kepada pihak nuffnang berkenaan cara nuffnang memberikan iklan kepada pemilik blog dan cara pembayaran setiap iklan yang diberikan kepada pemilik blog. Jadi jawapan yang di berikan seperti berikut:

Hi Wan,

Blogger-blogger dibayar apabila mereka memaparkan iklan dari Pihak Pengiklan (Advertiser) kami. Iklan-iklan ini terdiri daripada 3  jenis iklan yang umum, iaitu kempen CPC (Cost Per Click), CPA (Cost Per Action) dan kempen CPM (Cost Per Impression). 

1) Kempen CPC
Kempen CPC dilancarkan pada permintaan Pihak Pengiklan dan akan terpapar pada semua blog di bawah rangkaian Nuffnang setelah pemilik-pemilik blog tersebut memilih "Show Global CPC Ads" pada Blog Preferences di Blog Manager mereka, dan pada masa yang sama, tidak mempunyai kempen CPM pada masa kempen itu dilancarkan. Blogger dibayar berdasarkan jumlah klik unik pada ruang iklan oleh pengunjung unik blog mereka. Iklan-iklan tidak akan dipaparkan lagi setelah klik maksimum telah tercapai dan semua akaun-akaun blogger akan dikemaskini berdasarkan klik asli yang mereka dapati selama kempen tersebut berlangsung. Sila ambil perhatian bahawa tiada pendapatan yang dapat dihasilkan jika blog tersebut tidak mendapat sebarang klik walaupun blog tersebut memaparkan iklan CPC sepanjang kempen berlangsung. 

2) Kempen CPM
Bagi kempen CPM, Pihak Pengiklan kami akan memilih sendiri blog-blog yang mereka tertarik untuk memaparkan iklan mereka kerana mereka membayar jumlah yang lebih tinggi untuk iklan CPM berbanding dengan iklan jenis CPC/CPA. Pemilihan blog dibuat berdasarkan kepada beberapa faktor seperti demografi pembaca blog anda, keberkesanan unit iklan, keahlian eksklusif dan ruang unit iklan. Sekiranya anda terpilih untuk memaparkan iklan CPM, anda akan menerima notis melalui e-mel tentang kempen tersebut atau menemuinya di ruangan "Buffered Earnings" di bawah halaman "Earnings".

3) Kempen CPA
Semua blogger/blog pada umumnya berkelayakan untuk mendapatkan iklan CPA, tanpa mengira jumlah trafik sesuatu blog tersebut. Dengan kata lain, setiap pemilik blog layak untuk mendapatkan iklan CPA secara automatik, sejurus selepas anda mendaftar dengan Nuffnang. Anda juga mempunyai pilihan untuk mematikan pilihan iklan CPA jika mahu, melalui tab Blog Manager pada dashboard anda. 

Melalu iklan CPA pula, anda akan mendapat ganjaran setiap kali terdapat tindakan tertentu (yang diperlukan oleh Pihak Pengiklan) diambil hasil daripada klik yang dijanakan daripada blog anda. Misalnya apabila ada produk yang dibeli atau, apabila borang pendaftaran diisi hasil daripada klik dari iklan di blog anda, dan lain lain. Jumlah yang diperolehi akan berkisar dari transaksi yang terlibat. Lebih susah sesuatu transaksi itu, maka lebih lumayan pendapatan yang bakal anda perolehi. Sebagai contoh, jika pelawat di blog anda mengklik banner yang dimaksudkan hanya untuk mengisi sesuatu borang, maka seseorang blogger tersebut boleh mendapatkan misalnya dari RM1 sehingga RM20 ke atas sesuatu signup (tertakluk kepala Pihak Pengiklan). Malah, bagi sesuatu yang lebih mencabar, misalnya bagi sesuatu pembelian yang sangat berharga, maka jumlah ganjaran yang boleh diberikan juga boleh mencapai lebih dari RM50 di atas sesuatu transaksi. 

Dalam kata lain, bagi iklan CPC/CPA, anda akan dibayar apabila banner anda diklik pada masa-masa yang tertentu atau apabila terdapat sebarang tindakan/belian yang dilakukan di atas banner yang di klik tersebut. Manakala, bagi iklan CPM, pendapatan anda hanya akan di kemaskini selepas sesuatu kempen tersebut berakhir. Oleh itu, jika pendapatan anda tidak dikemaskini sejak kebelakangan ini, maka ia bermaksud anda tidak diberikan iklan mCPM, atau anda belum lagi mendapat sebarang klik/tindakan atau belian daripada iklan CPC/CPA.


Cheers,
Farahnaz Anwar
Community Executive
Nuffnang Sdn Bhd

www.nuffnang.com.my



Teringgin nak mendapat Buffered Earnings lagi. Sudah lama koz menunggu, nuffnang baik hatikan??kiki(bodek2 cikit^ ^)..

Tips Memajukan Blog Anda

24 comments



Hai all...apa kabar korang...okey hari ini koz nak beri tips kepada korang cara bagaimana untuk memajukan blog kesayangan korang cantik dan kemas di mata pengunjung.

First sekali anda haruslah menggunakan template yang simple dan kemas, kalau boleh code htmlnya senang di baca dan tidak berterabur. Kerana setiap template yang biasa koz download di laman sesawang, koz perhatikan penggunaan code HTMLnya tidak menepati cita rasa atau lebih senang sukar untuk di pahami. Jadi kalau boleh anda cari template yang codenya teratur seperti contoh code di bawah:

/* Sidebar Content----------------------------------------------- */

.sidebar{
margin:0 0 10px 0;
color:#424345;
font-size:13px;
}

.sidebar a{
text-decoration:none;
color:#424345;
}

.sidebar a:hover{
text-decoration:underline;
color:#97BA30;
}

Yang kedua reka header yang bersesuaian dengan blog anda, kerana benda pertama yang akan di pandang atau di fokus oleh pengunjung adalah pada header blog yang mereka kunjung.Serapkan ciri-ciri blog anda di bahagian header.Maksud koz jika blog anda mengenai resepi kuih tradisional, anda haruslah letakkan gambar kuih di header anda kerana setiap pengunjung yang melihat header anda akan tahu ciri-ciri blog anda.

Yang ketiga widget follower, widget ini amatlah penting untuk anda aktifkan di blog kerana widget ini memudahkan pengunjung untuk mengikuti perkembangan semasa blog anda jika enty bru di update.Anda juga haruslah rajin follow blog-blog yang lain dan jika boleh balas setiap follow yang di buat pengunjung blog anda kerana dengan cara ini membuktikan tanda terima kasih anda kepada mereka.

Yang keempat widget shoutbox, di sini dalam pemerhatian koz. Penggunaan Shoutbox amat memudahkan pengunjung untuk meninggalkan jejak mereka di blog yang di kunjungi.Dengan cara ini juga anda akan mengenali dunia baru atau lebih senang di fahami setiap pengunjung yang hadir di blog anda ada pelbagai kelompok. Jika anda membalas kunjungan pada seorang pengunjung anda pasti akan memperolehi dua atau tiga pengunjung baru ke blog anda. Cara terbaik untuk mendapat pengunjung anda haruslah rajin berblogwalking.Setiap kunjungan anda haruslah menggunakan link entry terkini blog korang.

Yang kelima menggunakan widget yang penting sahaja di bahagian sidebar. Di sini koz sarankan kepada anda kalau boleh menggunakan widget-widget yang penting sahaja.Widget yang koz sarankan adalah:

1. Google Friend Connect (Follow)

Widget ini dapat membantu pengunjung anda mengetahui perkembangan semasa blog anda.

2. Shoutmix/Cbox
Widget ini boleh membantu pengunjung anda meninggalkan jejak mereka di blog anda serta dapat meningkatkan trafik di blog korang.

3. Stat/ Online User
Widget ini penting untuk memudahkan anda mengetahui jumlah pelawat yang berada di bloh anda dari masa kesemasa.

4. Latest Entry
Widget ini memaparkan entry yang terkini di dalam blog anda.

5. Blog Link List
Widget ini penting juga untuk blog anda dan di ingatkkan jangan meletakkan list terlalu banyak kera ia akan memberatkan blog anda.

6. Feedburner
Widget ini untuk mudahkan pengunjung blog anda supaya tidak ketinggalan setiap entri yang dipublish oleh anda.

7. Top Commentator
Widget ini akan mempamirkan list nama pengunjung anda yang kerap meninggalkan komen di blog anda.

8. Search Box
Widget ini memudahkan pengunjung blog anda mencari entry yang ingin dicari oleh mereka di dalam blog anda.

Yang keenam penggunaan warna dalam blog.Warna merupakan elemen yang penting dalam template sebuah blog. Penggunaan warna yang sesuai akan mampu menjadikan blog anda nampak menarik, unik dan memberi keselesaan kepada pengunjung anda. Oleh itu, pastikan anda memilih warna yang bersesuaian dengan blog anda.

Yang ketujuh meletakkan gambar di setiap entry. Benda ini telah koz cuba alhamdulillah hasilnya amatlah memuaskan. Okey, setiap kali anda membuat entry.Pada permulaan anda haruslah meletakkan gambar yang bersesuaian dengan tajuk entry anda dan jika boleh renamekan nama gambar berkenaan dengan nama yang bersesuaian dengan tajuk entry tersebut sebagai contoh, entry anda berkenaan "harimau malaya mengganas" jadi renamekan gambar berkenaan cth:harimau-malaya,amukkan-malaya,harimau-malaya-mengamuk. Dengan cara ini gambar yang di pamirkan akan mudah terindex ke laman search engine.

Okey ini serba sedikit tips dari koz untuk korang, moga ilmu yang koz kongsi ini dapat membantu korang untuk memajukan lagi blog masing-masing.

p/s: Next tips akan koz kongsikkan okey, koz ngah buzy wat animation kartun ni...kene siapkan^^...

Tips Cara Mengurangkan Error Validasi W3 Blog

11 comments


Hai all...Hari ini koz nak kongsi dengan korang tips bagaimana cara menggurangkan Error Validasi W3. Cara Membaikinya amat mudah tetapi koz tak janji ia akan berhasil 100%. Mungkin cukup sekadar menggurangkan Error Validasi W3. Berikut adalah langkah-langkah untuk memulakan tiops pada kali ini.

Mula-mula korang Login blog>Dashboard>Layout>Edit HTML. kemudian klik pada Expand Widget Templates.(backup Template dahulu)

Tips 1
Cara Gantikan DOCTYPE pada blogger

Cari code di bawah

<!DOCTYPE html PUBLIC "-//W3C//DTD XHTML 1.0 Strict//EN" "http://www.w3.org/TR/xhtml1/DTD/xhtml1-strict.dtd">

Kemudian gantikan code tersebut dengan code di bawah

<!DOCTYPE html PUBLIC "-//W3C//DTD XHTML 1.0 Transitional//EN" "http://www.w3.org/TR/xhtml1/DTD/xhtml1-transitional.dtd">

Tips 2

Cari code di bawah

<b:include data='blog' name='all-head-content'/>

Kemudian gantikan dengan code di bawah

<!-- Blogger Default Meta -->
<meta content='true' name='MSSmartTagsPreventParsing'/>
<meta content='text/html; charset=UTF-8' http-equiv='Content-Type'/>
<link expr:href='data:blog.url' rel='canonical'/>
<link href='http://www.blogger.com/profile/I' rel='me'/>
<link href='http://www.blogger.com/openid-server.g' rel='openid.server'/>
<link href='http://www.blogger.com/rsd.g?blogID=1444540683424050591' rel='EditURI' title='RSD' type='application/rsd xml'/>
<link href='http://www.blogger.com/feeds/1444540683424050591/posts/default' rel='service.post' title='Budak Nakal Blogspot - Atom' type='application/atom+xml'/>
<link href='http://kozumiro.blogspot.com/feeds/posts/default' rel='alternate' title='Budak Nakal Blogspot - Atom' type='application/atom+xml'/>
<!-- End Blogger Default Meta -->
Sedikit perubahan harus di lakukan pada code di atas.

Code Warna BIRU gantikan dengan ID blog anda.
Code Warna MERAH gantikan dengan Tittle blog korang.
Code Warna HIHAU gantikan dengan URL blog korang.

Kemudian save...
Camat mencuba okey^^..
 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net