Powered by Jasper Roberts - Blog
Showing posts with label Fulltime Blogger Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Fulltime Blogger Malaysia. Show all posts

Blogger sebagai Kerjaya Fulltime

24 comments


Salam semua, hari ini koz hendak kongsikan pengalaman koz sewaktu bekerja sebagai seorang Animator 2D bagi menghasilkan watak dan Cerita kartun yang korang pernah tonton di kaca Tv.

Sewaktu koz habis menuntut di Kolej Yayasan Melaka dalam bidang Animasi di dalam progrem Sekolah Teknologi Media dan Seni(STMS) koz telah mula bekerja di sebuah studio di Taman Desa ,Jalan Klang Lama selama 2 tahun.

Sambil buat animasi koz pun mula berjinak-jinak dalam berblog, dari situ muncul sedikit minat tuk belajar membuat design bagi menghiasi blog ini.

Makin lama makin koz gemar tuk mengahasilkan design-design walaupun ketika itu terpaksa mempelajarinnya melalui En google.

Alhamdulillah koz masih lagi ingat pelanggan pertama koz ketika itu yang bermint untuk mendapatkan service tempahan design header, pelanggan yang koz maksudkan ialah Kak Yanmie iaitu pemilik blog http://yanmieonline.com/

Dari situlah bermulanya idea untuk mmbina income partime ketika itu melalui blog. Alhamdulillah makin lama makin mendapat sambutan ramai.

Kemudian koz telah berhijah ke studio yang lain pula di Seri Kembangan Selangor dalam bidang yang sama.

Di dalam bidang animasi ini amat seronok sekali jika kita melakukan kerja yang kita minat tetapi kini sudah berubah. Setelah setahun setengah bekerja di situ, studio tempat koz bekerja telah mengalami masalah kewangan dan terpaksa memberhentikan kesemua pekerjanya(termasuk koz). Masa itulah keadaan kehidupan koz tergangu di mana pemikiran ini amat-amat kecewa dengan pihak studio yang tidak pro dalam menguruskan studionya sendiri. 

Bermula dari saat itulah koz membuat azam baru untuk memulakan bisnes sendiri dalam bidang designer secara fulltime melalui blog. Amat bersyukur sekali kerana koz sebelum ini sudah memiliki sebuah blog yang umurnya sudah pun masuk 3 tahun. Dengan menggunakan Blog koz mula mengambil dan menerima segala tempahan dalam bentuk design seperti Banner, watermark, timeline, template blog dan lain-lain lagi.

Amat bersyukur sekali dari sehari ke sehari pendapatan koz di dalam bidang ini semakin bertambah. Setelah meneliti kemajuan di dalam bisnes ini, koz mulakan langkah dengan mewujudkan Fanpage Service Tempahan Design khas bagi mempromosikan bisnes designer koz.

Kini service design yang koz sediakan makin mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Terima kasih juga koz ucapkan kepada Bro Nizam Power dan Bro Edy kerana sudi membimbing koz dalam kerjaya terbaru koz ini. Alhamdulillah koz doakan kebahagiaan dan kekayaan untuk anda berdua, Amin.

Fikirkan dengan hanya Berblog anda mampu membina pendapatan sampingan, cuma anda harus fokus dan Tidak berputus asa sahaja.

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net