Powered by Jasper Roberts - Blog
Showing posts with label Ibu kepada pemain bola sepak Kedah meninggal. Show all posts
Showing posts with label Ibu kepada pemain bola sepak Kedah meninggal. Show all posts

Ibu Khyril Muhymeen Zamri meninggal dunia

Jom! comments



Ibu pemain bola sepak Kebangsaan Khyril Muhymeen Zamri meninggal dunia
Ibu kepada pemain bola sepak Kedah dan kebangsaan Khyril Muhymeen Zamri, Norinson Yahya, 50, meninggal dunia malam tadi akibat barah payu dara.

Norinson yang menderita penyakit itu sejak dua tahun lalu meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah kira-kira 10 malam.
Khyril Muhymeen, 25, yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik kelihatan sugul dan enggan ditemu bual.

Penolong Jurulatih Kedah Radhi Mat Din yang turut berada di rumah Khyril Muhymeen berkata Khyril Muhymeen seorang yang tabah dan mampu memberi komitmen yang tinggi terhadap kerjayanya walaupun ibunya tidak sihat.


"Sepanjang dua tahun ibunya menanggung derita sakit, dia (Khyril Muhymeen) masih mampu menjalankan tugas sebagai pemain bola sepak walaupun fikirannya turut terganggu dengan masalah kesihatan ibunya. Dia seorang yang tabah dan cekal menghadapi segala dugaan," katanya kepada pemberita.


Pada 15 Okt lepas, Khyril Muhymeen yang menyertai skuad negara ke Hong Kong untuk perlawanan persahabatan terpaksa pulang ke tanah air kerana ibunya semakin tenat.

Jenazah Norinson dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Sungai Tiang, Pendang kira-kira jam 11.30 pagi ini.

Khyril Muhymeen selepas ini akan bersama skuad Harimau Malaya bagi persiapan menjelang Kejohanan AFF Suzuki Cup 2012. - Bernama

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net