Powered by Jasper Roberts - Blog
Showing posts with label Keputusan ATM vs Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Keputusan ATM vs Kelantan. Show all posts

Keputusan Perlawanan Kelantan VS ATM Final Piala Malaysia 2012

3 comments

Keputusan Perlawanan Kelantan VS ATM Final Piala Malaysia 2012

Di sini akan di update keputusan perlawanan diantara Kelantas Lawan ATM di Final Piala Malaysia 2012. Pertembungan kedua-dua pasukan akan terjawap pada malam ini siapa yang layak dan bakal menjulang trofi Piala Malaysia 2012.

Dalam pertembungan ini, jika Kelantan menang maka Kelantan muncul Juara treble musim ini kerana The Red Warriors sudah menjulang trofi Piala FA dan Liga Super untuk musim 2012 ini.

Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau digelar Manchester City Malaysia ialah Juara Liga Perdana musim 2012. Jika ATM menang dalam perlawanan akhir ini maka  ATM memenangi trofi yang keda musim ini.

Jadi marilah sesama menyaksikan pertembungan kedua-dua pasukan ini pada malam ini.

Waktu Petang: 

Hujan Lebat Melanda Stadium petang tadi dan keadaan padang agak lembap dan mungkin perlawanan malam ini bertambah rancak dengan keadan padang yang agak basah.

Kehadiran Penonton bertambah ramai walaupun hujan lebat.

Keputusan Perlawanan Kelantan Lawan ATM

Separuh Masa Pertama

Kelantan 1 - 0 ATM
Jaringan :
Norshahrul Idlan Talaha minit ke-44

Separuh Masa Kedua

Kelantan 2 - 2 ATM
Jaringan :
Rezal Zambery Yahya minit ke-48
Norshahrul Idlan Talaha minit ke-50
Marlon Alex James minit ke-62

Masa Tambahan 15 Pertama

Kelantan 3- 2 ATM
Jaringan :
Indra Putra Mahayuddin minit ke-96

Masa Tambahan 15 Kedua

Kelantan 3- 2 ATM (FINAL)


Barisan Pemain: 

KELANTAN: Khairul Fahmi Che Mat, Obinna Nwaneri, Mohd Daudsu Jamaluddin (Mohamed Aslam Haja Najumudden), Nik Mohd Shahrul Azim, S. Subramaniam (Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid), Mohd Shakir Shaari, Mohd Nurul Azwan Roya, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Badhri Mohd Radzi (kapten), Muhammad Afiq Azmi (Mafry Balang), Norshahrul Idlan Talaha.

ATM: Mohd Farizal Harun, Amiridzwan Taj Tajudin, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak, Mohamad Azmi Muslim (Mohd Fitri Omar), K. Reuben (A. Varanthan), D. Christie Jayaseelan (Venice Elphi Danny Kaya), Rezal Zambery Yahya, Hairuddin Omar (kapten), Bruno Sebastian Martelotto, Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak, Marlon Alex James.

Pengadil: Nafeez Abdul Wahab

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net