Powered by Jasper Roberts - Blog
Showing posts with label Sepetang Bersama Blogger. Show all posts
Showing posts with label Sepetang Bersama Blogger. Show all posts

Yeo’s Pilihanku

62 comments


Jenama Yeo's, Produk Yeo's

Yeo's, bila disebut sahaja sudah semestinya semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum pasti mengenali jenama ini. Jika anda hendak tahu, Yeo's merupakan salah satu jenama produk yang telah berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama isi rumah yang digemari bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di banyak negara di seluruh dunia. Yeo's bukan sahaja memiliki pelbagai produk dalam bentuk minuman, malah juga dalam keluaran makanan. Tidak mustahillah kalau boleh dikatakan produk Yeo's ini telah digunakan oleh sesiapa sahaja sejak kecil hinggalah dewasa.



Jenama Yeo's Malaysia juga telah mencatat rekod sebagai sebuah syarikat yang pertama di dalam Malaysia yang telah menggunakan kaedah pengeluaran minuman dengan menggunakan teknologi PET Minuman Isian Sejuk Aseptik(Aseptic Cold Fill PET Technologi). Tidak mustahil teknologi ini juga dapat mengekalkan kesegaran, keaslian dan khasiat yang terkandung di dalam produk minuman ini dan ia juga bebas daripada tambahan bahan pengawet.

Video di bawah ini merupakan perkongsian bagaimana proses menggunakan teknologi PET Minuman Isian Sejuk Aseptik(Aseptic Cold Fill PET Technologi) di jalankan.

Produk minuman Yeo's

Jika di lihat pada keluaran minuman Yeo's sahaja sudah cukup kerana Yeo's Malaysia memiliki pelbagai perisa minuman yang menyegarkan seperti Air Soya, Air Tea, Air Buah-buahan, Air Yogurt dan lain-lain dalam bentuk tin, botol dan juga kotak. Minuman Yeo's juga sangat berkhasiat untuk diminum kerana kandungan minuman ini memiliki kadar nutrisi, protein semulajadi yang baik untuk kesihatan. Minuman Yeo's juga boleh diminum oleh semua golongan kanak-kanak, dewasa maupun yang sudah berumur. Amat mudah juga untuk di bawa kemana-mana jika pergi bercuti atau berkelah bersama-sama keluarga serta semasa membuat sebarang majlis.

Minuman Yeo's Pilihanku, kerana sudah semestinya air minumannya menjadi kegemaranku, lagi-lagi produk minuman botol Chrysanthemum Tea. Bila diteguk memang terasa kenikmatan dan kesegaran airnya. Memang nikmat bila diminum sewaktu menyelesaikan kerja-kerja design kozumi. Memang lain sangat dari jenama-jenama yang lain, tak menyesal kalau anda semua mencuba. Lagi-lagi minum sewaktu musim panas macam ini, sangat menyegarkan. Kalau minuman Yeo's Soya + Yeo's Cincau memang gemar diminum sewaktu berbuka puasa di bulan Ramadhan. Boleh dikatakan minuman wajib ada di setiap Ramadhan.


Kalau aktiviti berjalan jauh sudah semestinya akan membekalkan sebotol minuman Yeo's di dalam kereta.  Kozumi selalu juga kerja luar dari selatan ke utara, dari utara ke selatan. Jadi Yeo's ialah Pilihan kozumi sebab ia sangatlah mudah untuk di bawa ke mana-mana.

Produk makanan Yeo's

Yeo's Malaysia juga ada memiliki produk makanan dalam bentuk tin dan botol seperti Sardin, Sos Satay, Pes Makanan, Perasa, Kari dalam Tin dan sebagainya. Produk jenama Yeo's ini amatlah mudah dihidangkan dengan kadar segera kerana ianya telah pun siap di masak. Anda hanya perlu memanaskan sahaja seperti produk makanan Yeo's dalam tin. 

Memang sesuailah untuk digunakan oleh orang bujang macam kozumi ini. Kalau nak bawak pergi berkelah pun mudah sebab segalanya sudah siap di masak, Sudah semestinya Yeo's Pilihanku. Kari Ayamnya memang menjadi kegemaran kozumi bila tiba masa busy bekerja, maklumlah tiada masa nak masak. Jadi kenalah guna cara terpantas dengan bantuan produk Yeo's kari ayam. Masak tak sampai Lima minit pun dah siap untuk di hidangkan.
Yeo's Pilihan Semulajadiku
Apa kata mereka?

Penaja Rasmi SBB2014 Yeo's

Pada Tahun ini amat betuah sekali bagi para blogger serantau Asia Tenggara dimana Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 kali ini telah ditaja oleh Yeo's Malaysia.

Mari bersama-sama memeriahkan majlis gilang-gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014, sila klik gambar di bawah untuk mendaftar sekarang.
yeos-minicontest-728x90


Anda juga boleh mengikuti laman sosial  Yeo's Malaysia yang turut  menjadi penaja utama Sepetang Bersama Blogger 2014.


Bantu kozumi G+ dan Share Artikel ini...

Sepetang Bersama Blogger dan Yeos 2014 (SBB 2014)

7 comments

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

Salam semua, pergh agak lama kozumi menyepi dari mengupdate entry di blog jejaka paling nakal ini. Apa-apa pun selamat kembali diucapkan kepada diri sendiri hahaha. Kepada pengunjung setia blog ini kozumi mohon ampun dan maaf kerana sudah lama tidak menyajikan entry-entry kepada korang.

Kali ini kozumi mula semangat kembali untuk mengupdate blog ini semua ini gara-gara kehadiran Majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2014 yang akan di Saloma Bistro, Jalan Ampang, klik halaman Peta Lokasi. Iaitu pada tarikh 8 Mac 2014 bermula pada pukul 10 Pagi - 5.30 Petang.

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

Pendaftaran ahli amatlah murah sahaja iaitu RM20 sekepala, murah bukan?. Jika anda seorang blogger apa kata korang juga turut serta memeriahkan lagi suasana Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 ini. Mudah sahaja untuk Mendaftar hanya Klik HALAMAN INI Kena ingat banyak hadiah menarik menanti korang di sana untuk korang bawa pulang. (SBB 2014)

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net