Powered by Jasper Roberts - Blog
Showing posts with label Tasha Shilla dah bosan dengan gosip. Show all posts
Showing posts with label Tasha Shilla dah bosan dengan gosip. Show all posts

Hot! Tasha Shilla berasa jelak dan bosan

1 comments


Kenapa Perlu Dengki Dengan Saya?- Tasha Shilla.

Pelakon kontroversi Tasha Shilla semakin jelak dan bosan untuk menghadapi gosip remeh-temeh mengenai dirinya yang silih berganti dan sering diperkatakan.

Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak, 25, berkata, perasaan itu semakin memuncak apabila dia sekali lagi dikaitkan dengan dakwaan mengarut apabila dituduh memakai pakaian yang mempunyai lambang salib rekaan Hazwani Osman pada pelancaran sebuah anugerah, baru-baru ini.

“Memang saya mengambil pendekatan untuk berdiam diri daripada melenting tetapi pada masa yang sama saya juga berasa jelak dan bosan kerana terus dikaitkan dengan gosip remeh-temeh dan tidak berasas.

“Padahal, sepanjang menceburi bidang seni sejak dua tahun lalu, saya tidak pernah kacau orang. Mungkin tuduhan itu timbul kerana perasaan iri hati atau salah faham oleh segelintir pihak,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Rabu.

Kata Tasha, dia sendiri bingung dan tidak pasti mengapa perasaan dengki dan tidak puas hati harus wujud di kalangan segelintir pihak terhadap dirinya.

“Kenapa perlu dengki dengan saya? Mungkin sudah resam masyarakat kita yang mudah iri hati dan cemburu dengan kejayaan orang lain walaupun saya tidak mengganggu mereka.

“Saya pelik kenapa orang masih tuduh saya wanita yang liar dan jahat kerana cerita-cerita yang belum tentu kesahihannya?” luahnya dalam nada terkilan.

Justeru itu, aktres yang berasal dari Kuala Lumpur ini berkata, dia perlu bekerja keras bagi mengimbangi kontroversi yang bertandang agar khalayak umum dapat melihat kesungguhan dan komitmennya menceburi bidang seni.

“Apabila pelbagai kontroversi terus melanda, saya tiada pilihan melainkan bekerja dengan lebih keras dan fokus pada lakonan bagi mengimbangi cerita-cerita negatif yang timbul.

“Jika saya sendiri pun jelak dengan gosip-gosip itu, tidak mustahil peminat turut merasainya. Keadaan itu yang paling membimbangkan jika orang terus melihat saya sebagai lambang kontroversi berbanding kisah kerjaya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Tasha baru sahaja dilantik sebagai wajah kepada kempen ‘I Love Malaysian Designers’ anjuran Brew & Skittles untuk tempoh dua tahun.

“Saya bertindak sebagai wajah atau duta kempen ini bagi merancakkan lagi kehadiran lebih ramai pereka-pereka baru tanah air dan mempromosikan nama mereka.

“Sepanjang tempoh itu, saya boleh memakai mana-mana pakaian mereka untuk sebarang acara, fotografi atau penggambaran mengikut kesesuaian,” hurainya.

Tasha baru sahaja menamatkan penggambaran telefilem berjudul Ramadan Jangan Ambil Nyawaku untuk ditayangkan di RTM pada Ramadan tahun depan.

Selepas itu, dia bakal memasuki set penggambaran drama bersiri 28 episod iaitu Cinta Bertamu Di Abu Dhabi untuk slot Akasia di TV3.

Pelakon yang mula dikenali menerusi drama Gemilang ini dihujani kontroversi seawal tahun pertama pembabitannya dalam bidang lakonan antaranya dakwaan ‘dibela’ VIP dan gemar bersosial di kelab malam.

sumber Mstar

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net