Powered by Jasper Roberts - Blog
Showing posts with label Waktu siaran Anugerah Skrin 2012. Show all posts
Showing posts with label Waktu siaran Anugerah Skrin 2012. Show all posts

Anugerah Skrin 2012-Live Streaming

Jom! comments


Sebentar Lagi Anugerah Skrin 2012 akan berlangsung jadi kepada anda yang ingin emnonton di kaca television bolehlah melihat rancangan ini di kaca television anda di saluran TV3. Dan kepada anda yang mahu menonton secara Live di internet di sinilah tempatnya. Selamat menonton...


Anugerah Skrin 2012

4 comments



Cetusan ilham dan nukilan kisah hidup yang dikarya bukan sahaja menggamit perasaan mereka yang menonton, malah ia juga memberi inspirasi dan meninggalkan kesan dalam hati para penggemar drama dan filem. Sejak diperkenalkan pada tahun 1994, Anugerah Skrin anjuran TV3 meneruskan usaha untuk menjulang bakat dan memberi pengiktirafan kepada penggiat-penggiat seni dan karyawan tanah air.

Utuh memasuki musim yang ke-14, Anugerah Skrin 2012 merupakan antara majlis terunggul di dalam lipatan sejarah industri tanah air yang sentiasa ditunggu-tunggu penganjurannya saban tahun kerana cetusan konsep dan identiti yang berlainan. Konsep yang segar ditampilkan setiap kali penganjurannya telah menyerlahkan lagi keunggulan majis tersohor ini.

Waktu siaran Anugerah Skrin 2012
Tahun ini, Anugerah Skrin 2012 telah mengangkat ‘Selami Dunia Fantasi Kami’ (Fairy Tale) sebagai konsep malam Anugerah Skrin yang akan berlangsung pada 9 November 2012 (Jumaat) bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dari jam 9.00 malam hingga 11.30 malam.

Menurut Ketua Pengawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Ahmad Izham Omar, “Anugerah Skrin sudah pun memasuki tempoh usia matang di mana ianya dinanti-nantikan oleh para karyawan dan artis tanah air untuk menjulang nama mereka. Justeru, penganjuran Anugerah Skrin bukan sahaja memberi ruang kepada penggiat seni untuk memperkembangkan lagi bakat seni, malah ia juga menggalakkan mereka berusaha lebih gigih dan berkarya secara kreatif dalam menghasilkan produk yang bermutu tinggi sekali gus memartabatkan hasil seni negara.

KonsepAnugerah Skrin 2012
“Tahun ini, kami telah memilih konsep ‘Fairy Tale’ dimana penonton akan turut menyelami dunia fantasi kami pada malam anugerah nanti. Kebiasaannya, menonton drama dan filem merupakan satu ’escapism’ kerana TV dan wayang adalah satu saluran positif untuk hiburan, informasi, berita, dan sebagainya. Menerusi rancangan dan pelbagai program di TV ataupun wayang, penggiat seni bebas untuk mengekspresi idea dan menggunakan imaginasi dan kreativiti dalam menghasilkan produk yang menarik, bermutu dan relevan dengan citarasa para penonton.” Tambah Izham.

Seperti tahun sebelumnya, selain rangkaian televisyen di bawah naungan Media Prima Berhad yang terdiri daripada TV3, NTV7, 8TV dan TV9, pihak penganjur juga turut menjemput stesen televisyen RTM, ASTRO dan juga TV Al-Hijrah untuk sama-sama menyertai anugerah yang berprestij ini. Kesemua rangkaian televisyen ini layak untuk menghantar penyertaan bagi terbitan drama dan terbitan dalaman yang pernah disiarkan di stesen televisyen mereka untuk merebut anugerah bagi kategori yang dipertandingkan mengikut syarat yang telah ditetapkan.

Anugerah Skrin memberi pengiktirafan kepada pengeluar–pengeluar drama, filem dan produksi TV tempatan. Telefilem dan drama bersiri yang dicalonkan pula adalah hasil penerbitan syarikat yang memenuhi slot-slot drama di semua rangkaian televisyen setiap minggu. Antara faktor yang menyebabkan telefilem dan drama bersiri ini terpilih untuk ditayangkan di kaca televisyen adalah garapan skrip yang baik, jalan cerita yang sempurna, lakonan yang mantap dan mutu penerbitan yang baik serta mampu menyampaikan mesej positif di samping boleh menarik perhatian penonton.

Menurut Izham lagi, “Seperti yang pernah kami tegaskan sebelum ini, Anugerah Skrin bukanlah pertandingan antara stesen televisyen, tetapi drama dan terbitan bermutu yang disiarkan melalui stesen-stesen ini yang dipertandingkan. Kami berharap agar penganjuran ASK 2012 turut mendapat kerjasama dan sokongan positif dari rakan-rakan stesen televisyen yang lain.”

Pengacara Anugerah Skrin 2012
Tahun ini, pengacara TV yang sudah tidak asing lagi, Awal Ashaari akan bergandingan dengan pelakon wanita popular, Neelofa untuk mengemudikan majlis penganugerahan manakala acara karpet merah akan dikendalikan oleh pasangan Karl Shafek dan Dynas bersama Juara Pencarian Hos Pantene Anugerah Skrin Musim Ke-2. Antara artis-artis yang akan menjayakan persembahan Anugerah Skrin 2012 ialah Datuk M. Nasir, Hazama, Misha Omar, Tomok, Fizz Fairuz, Anas Ridzuan, Hafiz, Adibah Noor dan Dayang Nurfaizah. Saksikan juga penampilan istimewa Datuk Rahim Razali, Datin Paduka Umie Aida, Ella, Rosyam Nor, Aqasha, Adi Putra, Fouziah Gous, Didie Alias, Scha Al Yahya dan ramai lagi pada malam itu.

23 kategori dipertandingkan dalam Anugerah Skrin 2012
Secara keseluruhan, Anugerah Skrin 2012 bakal mempertandingkan 23 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman serta 2 Anugerah Khas iaitu Anugerah Yasmin Ahmad dan Anugerah Artis Harapan Pantene. Kesemua 23 kategori yang dipertaruhkan meliputi 10 kategori drama bakal dipertandingkan manakala jumlah kategori filem yang dipertandingkan kekal 7 kategori dan 6 kategori penerbitan dalaman. Calon-calon yang dipertandingkan pula terdiri daripada terbitan yang telah ditayangkan di kaca TV dan pawagam mulai 1 Julai 2011 hingga 30 Jun 2012 dan pencalonan drama yang berdasarkan catatan jumlah penonton yang berjaya diraih mengikut kajian Nielsen Audience Measurement mengikut ‘genre’ masing-masing.

Untuk kategori drama, 18 buah drama, 14 drama rantaian dan 4 drama komedi telah dicalonkan. Manakala untuk kategori filem pula 34 filem terbitan tempatan layak dipertandingkan untuk Anugerah Skrin 2012 ini. Antara drama yang layak bertanding seperti Pelarian, Di Telapak Kaki Bonda, Ku Petik Dosa, Maharku Untukmu, 100 Hari, Sepatu Merah, Bedah Tong Gas, Hilangnya Doa Seorang Ibu, Parut Ashikin, Biar Mimpi Sampai Ke Bintang dan Pak Ngah Haji Omar.

Manakala filem yang layak bertanding termasuk Bunohan, Mael Lambong, Songlap, Papa I Love U, Chow Kit, Berani Punya Budak, Bini-biniku Gangster, Jiwa Taiko, Hoore! Hoore!, Jalan Kembali (Bohsia2) dan lain-lain. Bagi kategori drama rantaian pula, ASK 2012 menerima pencalonan seperti Tentang Dhia, Tahajjud Cinta, Mahabbah, Bunga Bunga Syurga, Makbul, Maharani, Cinta Shanxi, Karma, Lara Hati, Serapah Darah Bulan Madu, Jangan Ambil Padang Kami, Tanah Kubur Siri 3, Maqam dan Projek Pop.  Semua pencalonan akan dinilai oleh panel juri profesional yang dipilih.

Tahun ini, ASK 2012 turut menyampaikan Anugerah Yasmin Ahmad dalam kategori Anugerah Khas Juri untuk kali yang keempat sempena menghargai jasa arwah Yasmin Ahmad dalam sumbangannya menghasilkan konsep filem yang berkualiti dan memperkenalkan bakat-bakat baru di dalam filem terbitannya. Selepas Jaclyn Victor, Shaheizy Sam dan Syamsul Yusof, trofi ini akan dianugerahkan kepada pelapis yang berpotensi untuk pergi jauh di dalam industri tanah air.

Encik Ahmad Izham Omar menjelaskan lagi, “Seperti yang pernah kami tegaskan sebelum ini, Anugerah Skrin bukanlah pertandingan antara stesen televisyen, tetapi drama dan terbitan yang disiarkan melalui stesen-stesen ini yang dipertandingkan. Kami amat berbesar hati kerana Anugerah Skrin 2012 sentiasa mendapat kerjasama dan sokongan positif dari rakan-rakan stesen televisyen yang lain dan menerima banyak pencalonan yang menampilkan muka-muka baru dalam bidang ini. Ia merupakan satu petanda positif dalam meningkatkan mutu seni tanah air serta ia dapat menyuntik semangat kepada penggiat-penggiat seni untuk berusaha lebih gigih lagi agar hasil karya mereka dihargai dan mendapat pengiktirafan. Kami berharap dengan adanya Anugerah Skrin ini, akan menyemarakkan lagi usaha penggiat seni tanahair untuk menerbitkan produk-produk yang lebih bermutu pada masa akan datang.”

Pantene sekali lagi menjadi penaja utama untuk Anugerah Skrin 2012. Untuk menyemarakkan lagi kemeriahan acara Anugerah Skrin, Pantene bersama-sama TV3 sekali lagi menganjurkan Pencarian Hos Pantene Anugerah Skrin, Musim Ke-2. Selain daripada itu, Pantene juga akan menyampaikan anugerah khas – Pantene Shine Award kepada artis yang menerima undian tertinggi daripada orang ramai pada malam Anugerah Skrin 2012 di laman web rasmi www.tv3.com.my/ASK2012.

Berhubung dengan objektif Procter & Gamble Malaysia (P&G) untuk berkerjasama dengan TV3 bagi menjayakan Anugerah Skrin 2012, Ketua Pengawai Eksekutif P&G Malaysia dan Singapura, Cik Ellie Xie berkata  ”Anugerah Skrin anjuran TV3 adalah acara berprestij yang mengiktiraf bakat-bakat seni tempatan yang mewarnai industri perfileman dan televisyen Malaysia. Keyakinan dan keunggulan yang ditampilkan oleh mereka dicerminkan dalam jenama-jenama kami seperti Pantene, Olay, Oral-B, Gilette dan Head & Shoulders. Dengan itu, kami menyokong sepenuhnya acara anjuran TV3 ini dan amat berbangga untuk merai kecemerlangan karyawan seni tanahair serta menyediakan platform kepada bakat-bakat baru yang beraspirasi untuk menceburi bidang pengacaraan melalui Pencarian Hos Pantene Anugerah Skrin.”

Pantene juga memberi peluang kepada orang ramai untuk memenangi pas masuk percuma ASK 2012 melalui peraduan “Menghadiri ASK 2012 Bersama Pantene”. Peserta dialu-alukan untuk menghantar SMS ke 39993 dan menyatakan sebab mereka ingin menghadiri Anugerah Skrin 2012 dengan Pantene. Sebanyak 50 pas percuma untuk dimenangi!

TV3 bersama rakan penaja utama ASK 2012, Pantene mengadakan dua sesi Jelajah Anugerah Skrin 2012  bersama artis-artis di Plaza Gurney Pulau Pinang (14 Oktober 2012, 3.00 petang) dan Pusat Membeli belah e@curve, Mutiara Damansara (21 Oktober 2012, 3.00 petang). Di lokasi pertama, acara tersebut diserikan dengan penyertaan artis-artis popular seperti Zalif Sidek, Fezrul Khan, Talha Harith, Sharifah Sakinah, Elfira Loy, Amran Ismail, Fida Ibrahim dan Nur Fathia serta persembahan nyanyian daripada Dayang Nurfaizah dan Anas Ridzuan.  Manakala untuk lokasi kedua, artis-artis yang akan memeriahkan jelajah tersebut ialah Adi Putra, Nabila Huda, Almy Nadia, Diana Danielle, Diana Amir, Izreen Azminda, Nad Zainal, Johan As’ari, Elfia Loy, Fida Ibrahim, Nur Fathia, Aiman Hakim Ridza, Talha Harith dan Amran Ismail.

Pertandingan Pencarian Hos Pantene Anugerah Skrin Musim Ke-2 yang telah menjelajah ke 5 negeri akan mengumumkan pemenangnya pada 21 Oktober sewaktu Jelajah ASK 2012 di Kuala Lumpur. Pemenang bertuah ini bakal menambah satu lagi pengalaman menarik apabila diberi peluang untuk mengacarakan acara karpet merah ASK 2012 pada malam 9 November nanti.

Selain itu, Anugerah Skrin 2012 turut dihangatkan oleh stesen radio Hot FM selaku rakan media. Selain itu, acara karpet merah ASK 2012 juga dapat disaksikan menerusi program Hip TV di TV9 dari jam 8.30 malam – 9.00 malam.

Seperti tahun sebelumnya, Anugerah Skrin kali ini boleh ditonton secara online melalui laman sesawang ASK– www.tv3.com.my/ask2012.  Bermula pada tahun ini pelayar bukan sahaja berpeluang menonton siaran langsung laluan Karpet Merah (7.30 malam – 9.00 malam) dan malam kemuncak anugerah (9 malam – 12 malam), malah dapat melayari siaran streaming ke Pintu Masuk ASK2012 (7.30 malam – 9.00 malam) dan slot Kamera Penghargaan (9.15 malam – 12 malam).  Pelayar bakal menikmati tontonan eksklusif dan pengalaman berharga dengan akses dari seluruh dunia.

Di laman sesawang pula, pelayar boleh mengikuti perkembangan acara melalui muatnaik foto dan video ke galeri secara real-time selain pengumuman pemenang anugerah.  Pada malam tersebut juga, para peminat digalakkan menggunakan hashtag #ASK2012 menerusi laman Twitter dan Instagram. Siaran langsung seluruh acara ini boleh dilayari secara global melalui komputer, tablet dan telefon pintar.  Untuk maklumat lanjut, layari www.tv3.com.my/ask2012.

Tenaga penerbitan Anugerah Skrin 2012 akan diketuai oleh Muhamad Sufian Isa selaku Penerbit Eksekutif dan Puan Roslina Abdul Rahman sebagai penerbit. Saksikan juga detik-detik persiapan Anugerah Skrin 2012 dan kemeriahan Jelajah ASK 2012 menerusi program ‘Prelude ASK 2012’  pada 9 November 2012 dari jam 4.30 petang hingga 5.00 petang. Layari laman sesawang serta Facebook & Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini. Sama-sama kita nantikan nama-nama yang bakal menjulang trofi ASK 2012 pada malam kemuncak ASK 2012, 9 November 2012 jam 9.00 malam hingga 11.30 malam.

sumber

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net