Powered by Jasper Roberts - Blog
Showing posts with label bendera malaysia dibakar. Show all posts
Showing posts with label bendera malaysia dibakar. Show all posts

Hot! Bendera Malaysia Dibakar

2 comments



Sekumpulan penunjuk perasaan berdemonstrasi berhampiran kediaman Duta Besar Malaysia ke Indonesia atas sebab isu tiga anggota polis Malaysia yang didakwa merogol seorang wanita rakyat Indonesia di Pulau Pinang baru-baru ini.

Dalam demonstrasi pada pukul 1 petang itu, kira-kira 20 orang yang mewakili kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) mendesak kerajaan Indonesia mengusir Duta Besar Malaysia dari republik itu selain bertindak membakar bendera Malaysia bagi menunjukkan kemarahan terhadap kejadian yang berlaku ke atas wanita berusia 25 tahun itu.

Demonstrasi itu diadakan kira-kira 100 meter dari Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia itu kerana pihak polis Indonesia telah menutup jalan di hadapan kediaman itu dan menghalang kumpulan penunjuk perasaan daripada beraksi di hadapan kediaman itu.

Kumpulan penunjuk perasaan itu turut mendesak Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono bertindak tegas berhubung kejadian itu dengan mengusir Duta Besar Malaysia ke Indonesia dari republik itu.

Mereka menyalahkan Yudhoyono yang didakwa gagal melindungi warganegara Indonesia di Malaysia dan meminta Presiden Indonesia itu mengundurkan diri jika beliau gagal mengusir Duta Besar Malaysia.

Dalam demonstasi selama 50 minit itu, beberapa peserta termasuk kanak-kanak dan wanita memegang kain sepanduk berwarna merah yang antara antara lain bertulis ”Usir Duta Besar Malaysia, Ganyang dan lawan Malaysia”.

Pasukan Polis Indonesia, termasuk anggota dari unit pemusnah bom mengawal ketat kawasan sekitar Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia itu sepanjang demonstrasi berlangsung. — BERNAMA

Admin: Apa akan terjadi kalau keluar berita orang indonesia rogol gadis malaysia? Agak-agak rakyat Malaysia akan buat benda yang sama tak?

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net