Showing posts with label boyfriend. Show all posts
Showing posts with label boyfriend. Show all posts

4 Benda Remeh Yang Perempuan Selalu Komplen

3 comments

Perempuan ni kan, bukan saja lembut tapi seorang yang cerewet lah jugak. Maksud aku kat sini, perempuan suka merungut atas benda-benda yang remeh lagi tak masuk akal. Mengada-ada pun ade jugak. Tapi, tak semua perempuan macam tu ok? Certain je lah.


Nak tahu tak beberapa benda remeh yang dirungutkan oleh kaum Hawa ni? Hehe. Jom teruskan membaca. =)


1. Berat badan


Pantang betul bila berat badan naik sikit. =P

Ha ! Aku rasa yang ni majority perempuan suka merungutkan weyh. Bagi kaum Hawa ni, berat badan adalah salah satu benda yang paling sensitif untuk diceritakan kepada umum. Kalau kau tengok badan dia macam 'berisi' jek, jangan berani-berani nak tanya berat badan dia. Kang tak pasal-pasal masuk sepital sebab kena belasah nanti. Haha. Tapi kalau perempuan yang dah selim-melim tu, dia tak kesah pun nak beritahu berat badan dia kat satu dunia. Betul dak? Kesimpulannya, rajinkan lah bersenam setiap minggu untuk elakkan kegemukan 'Humty Dumpty'.


2. Boyfriend


Nasib badan ar law dapat 'buaya' camni.

Kalau dapat pakwe yang menepati cita rasa dia, konpem siang malam asek puji melambung jek sang jejaka pengarang jantung dia tuh. Citer kat housemates pasal pakwenya 100 kali pun tak pernah rasa penat. Kesian, housemates jugak yang cair taik telinga nak kena dengar benda yang sama berulang kali. Macam dia jek yang ada pakwe. Ha, cuba kalau pakwe dia tu bermasalah. Samseng, pembuli, kuat merokok, mat rempit, tak romantik dan bla bla bla yang lain. Konpem-konpem muka tu masam mencuka macam itik panggang jek sebab tak puas hati dengan perangai hantu pakwenya sendiri. So, you girls, camne boyfie korang? Haha


3. Takde baju nak pakai ?


Still got nothing to wear??? O.o .. goshh ~

Kalau perempuan tu sorang yang miskin tak berharta, baju yang ada pun sehelai dua, tu pun yang lusuh punya, memang boleh dimaafkan kalau bagi alasan macam tu. Kesian dia. Tapi kalau satu almari penuh baju bajan yang cantik dan okay jek tapi still bagi alasan "takde baju nak pakai", memang haruslah bagi dia makan kayu lah lepas ni. Hm, perempuan jenis ni memang high maintenance sikit. Kadang-kadang tu, baju baru pakai sekali dua jek dah takmo pakai lagi atas alasan "malu lah, nanti orang cakap I pakai baju bulan lepas".. Heh. Kalau jumpa minah macam ni, ketuk jek pale dia guna cangkul Tok Adi. >__<


4. Kasut yang menyakitkan


Sakit kaki ye kak? Aloo ciannye.. =3

Pandai beli, pandailah pakai, ye dak? Ni tak, dah gedik nak beli kasut mahal-mahal, tumit tinggi, bling-bling bagai, pastu bila jalan jauh sikit dah komplen kaki melecet lah, sempit lah, itu lah ini lah. Hee,, kalau kaki tu dah sakit, ada dua pilihan jek yang tinggal. Beli kasut yang selesa atau pakai jek kasut yang menyakitkan kaki tu diam-diam. Ada paham?? Tu lah, bernafsu sangat nak beli kasut yang cantik tapi tak cuba nak test dulu tahap keselesaannya. Haih.. perempuan, perempuan.... =_____=



Ha, betapa kompleksnya perempuan ni kan?
Jadi, sebagai lelaki yang bakal nak jadik suami orang tu nanti, kena pandai-pandailah tahan dengan sikap pasangan korang tu ye. Jangan sampai benda kecik macam ni pun dah boleh buatkan korang bercerai-barai. Huhu. Nauzubillah. 



Sepatah kata Iman Hayfa :

Hehe, sebagai seorang Hawa, aku akui lah aku pun kadang-kadang ada merungut pasal benda-benda kat atas ni. Tah tetibe jek perangai busuk tu datang mengacau jiwa. Walaupape pun, aku bersyukur dengan diri aku dan keadaan aku sekarang. Alhamdulillah. =)

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net