Showing posts with label ciri-ciri lelaki. Show all posts
Showing posts with label ciri-ciri lelaki. Show all posts

Rahsia hati seorang lelaki

5 comments

Rahsia hati seorang lelaki

Rahsia hati seorang lelaki - Personaliti Lelaki yang wanita harus tahu dan memahaminya.


  • Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.
  •  Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.
  • Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.
  • Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.
  • Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.
  • Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.
  • Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.
  • Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.
  • Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.
  • Lelaki juga akan menangis.
  • Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.
  • Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.
  • Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.
  • Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.
  • Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’
  • Lelaki amat sayang ibu mereka.
  • Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.
  • Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.
  • Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.
  • Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.
  • Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.
  • Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.
  • Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.
  • Lelaki lebih banyak berfikir.
  • Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.
  • Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.
  • Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.
  • Lelaki sanggup untuk membantu kekasihnya walau dalam keadaan sukar mana sekalipun, balasan yang mereka mahukan hanyalah kepercayaan dan kejujuran.
  • Lelaki sukar untuk memahami keadaan dan situasi masalah kekasih mereka jika kekasihnya tidak berterus terang.
  • Jangan salahkan lelaki tidak memahami anda kerana wanita sangat suka berahsia berbanding lelaki.
  • Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.
  • Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.
  • Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.
  • Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.
  • Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.
  • Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.
  • Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.
  • Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.
  • Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.
 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net