Powered by Jasper Roberts - Blog

Top Commentator May 2013 Blog Jejaka Paling Nakal

98 comments


Salam semua, hari ini kozumi ingin umumkan Top Comments untuk bulan May bagi kaki komen Blog Jejaka Paling Nakal. Maaf agak terlewat untuk mengumumkannya atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Kepada rakan-rakanyang lain, jangan lepaskan peluang ini untuk merebut gelaran Top Comments di Blog Jejaka Paling Nakal ini setiap bulan. Setiap Top Comments akan mendapat hadiah berupa wang tunai.

Nampaknya pemenang Top Comments bulan ini adalah orang yang sama, Taniah di ucapkan kepada Datin Tyka. Kiraan komen ini kozumi telah ambil pada detik 31 June 2013 jam 12.00 malam.

Kepada Datin Tyka dan mohdazhar sila emailkan nama,email,no akaun(maybank) kepada koz di kozumi_ro@yahoo.com . 

Tempat Pertama: Datin Tyka RM50 
Tempat Kedua : mohdazhar RM30 





Waspada Penipuan di Facebook

54 comments

Penipuan di Facebook
Salam, kepada rakan-rakan blogger yang lain di harap anda berhati-hati dengan penipuan di facebook yang semakin berleluasa dalam tawaran service design dari sesetengah pihak.

Semalam kozumi menerima mesej dari rakan kozumi yang bertanya akan promosi yang kozumi sebarkan di ruangan facebook melalui seseorang yang tidak kozumi kenali. Terkejut juga bila mendengarnya sebab dalam bulan ini kozumi belum lagi mulakan menyebarkan apa-apa promosi. 

Apabila mengunjungi profile facebook dia yang kozumi tidak kenali, kozumi agak terkejut jugak bila melihat paparan design banner promosi milik kozumi terpapar di dalam profilenya. Pada banner terbabit telah diedit pada beberapa bahagian bagi mengubah tagline, akan tetapi watermark kozumi masih lagi terpapar di situ dan juga paparan beberapa design Facebook Cover Customer kozumi.
Waspada Penipuan di Facebook
klik untuk paparan besar
"Kalau anda designer sebenar, kenapa tidak menghasilkan design banner sendiri untuk tujuan promosi itu?"
please bersiap profesional...Design Banner itu adalah milik Service Tempahan Design.

Anda kene beringat ada sesetengah pihak yang menawarkan service design harga pada kadar yang terendah yang mungkin akan menarik minat anda serta beberapa orang untuk mendapatkan service mereka tersebut.

Apa yang akan terjadi kemungkinan anda harus membuat pembayaran dahulu mengikut jenis service design dan barulah design anda akan di disiapkan(isyallah mungkin tak siap sampai bila-bila).

Jadi di sini kozumi cadangkan kepada rakan-rakan blogger sekalian setiasalah berwaspada dan kalau boleh dapatkan service design dari orang yang anda kenal atau orang yang tawarkan itu memang sudah terkenal.

Mencegah dahulu lebih baik dari meroyan dahulu...sekian.

Kesibukkan Melampau Melanda

60 comments


Salam semua, agak lama tidak mengudate blog kesayangan kozumi ini. Sekarang ini kozumi memang kurang masa untuk mengupdate blog kerana sedang fokus dalam memperkukuhkan lagi bisnes design ini.

Walaupun beberapa minggu lepas kozumi mendapat hentaman kuat dari dugaan kehilangan Facebook akibat manusia yang berhati busuk. Tapi kozumi kuatkan semangat untuk tempuh dugaan ini. Alhamdulillah masih dapat bertahan sehingga sekarang.

Agak lewat jugak kozumi update blog ini, sebab masa ini saja yang dapat kozumi luangkan untuk blog ini. Harap-harap ada jugak yang sudi membaca dan meninggalkan komen. Maaf jika kozumi tidak membalas kunjungan rakan-rakan blogger sekalian, insyallah jika ada masa terluang kozumi akan laksanakannya...


Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net