Powered by Jasper Roberts - Blog

Kurang Idea Update Entry

44 comments


Salam semua, tertunggak pulak 2 hari ini untuk mengudate blog ini. Kozumi ni asyik buzy je kerjanya, hahaha...nama je Full Blogger...tapi sebenarnya masa untuk mengupdate tu ada, cuma idea untuk entry tu yang kurang.

Mungkin idea tak masuk sebab banyak sangat memikirkan idea untuk setiap tempahan design yang kozumi terima. Sesiapa designer di sini pasti perkara ini berlaku kepada korang jugakkan. 

Okey hari ini kozumi just hendak mewawarkan yang kozumi akan berangkat ke tempat baru tengahari nanti. Sesiapa yang blogger berdekatan call-calllah kozumi ya, mana tahu boleh mengeteh dan bergosip hihihihi.

Nampaknya permulaan hidup di kawasan baru akan bermula, jadi bila dah masuk kawasan orang kita kenalah bersikap positif selalu. Kena jadi budak baik-baik, tak boleh nakal-nakal sangat.

Moga segala perancangan dan matlamat yang kozumi telah tetapkan akan tercapai di sana nanti, amin...amin...amin...

Ramalanku Benar Belaka Versi 2013 - Zarul Umbrella

23 comments

Ramalanku Benar Belaka 2013

Ramalanku Benar Belaka 2013 - Salam semua, hari ini kozumi agak sebok dengan melaksanakan segala design tempahan dari pelanggan kozumi. Lewat pulak kozumi bangkit dari tidur hari ini gara-gara semalam follow blogger terkacak Malaysia iaitu Boni Kacak untuk berjumpa dengan Blogger retis iaitu Zarul Umbrella.

Seperti biasa plan semalam keluar pada waktu petang, seperti biasa kozumi akan memaksa Boni Kacak untuk menjemput kozumi dirumah kozumi...hihihi..nak tak nak dia kena jugak jemput wakaka. Tepat pukul 5 petang Boni Kacak sudah sampai di rumah kozumi(Awal pulak mamat ni sampai)biasa main pakai "Janji Melayu"...Oh Ramalanku Tidak Benar Belaka...Nampaknya Boni Kacak sudah pandai menghargai masanya. Terbaik Bro...hihihi...

Perjalanan bermula dan Boni kacak meramalkan kita haruslah menyinggah ke kedai mamak untuk minum-minum dulu sebelum meneruskan perjalanan ditempat yang ditujui. Apabila tiba di kedai mamak bermulalah gosip-gosip liar dan terkini di hujah dan di rungkai sesama sendiri..Gosip apakah??? Biarlah Rahsia...hahahaha..

Bila pukul 6 petang kami meneruskan perjalanan menuju ke cheras untuk berjumpa dengan Zarul Umbrella. Perjalanan agak lancar pada permulaan, entah macam mana bila masuk kawasan kl, perjalanan mula menjadi perlahan( Masin Jugak Mulut Boni ni...duk mintak jalan sesak...Amik ko!!wakakaka).

Dalam perjalanan menuju ke Cheras yang agak sesak, bermulalah satu perlawanan teka Awek dalam Kereta...Permainan apakah ini? kui..kui...kui...Permainan ini direka khas oleh Boni Kacak di mana ia suruh meneka setiap kereta yang melalui di jalan bertentangan, siapakah pemandu di dalamnya..Adakah wanita atau Lelaki...Nampaknya banyak juga kegagalan meneka yang diperoleh oleh Boni..."Bro please tukar cermin mata hahahaha"...Lelaki di katanya awek...Mak cik dikatanya awek...memang mata sepet betul wakakaka...Jangan Marah bro...

Hampir 40 minit perjalanan barulah tiba di kawasan yang ditujui. Jadi mulalah proses untuk menjejaki Studio Rakaman yang akan dihadiri Zarul Umbrella untuk membuat record Lagu pembaharuan Ramalanku Benar Belaka 2013. Bila dah jumpa lokasi Studio itu, kami singgah makan di restoran berhadapan dengan Studio. Jemput makan ya semua hihihi...

Buku Pesanan Makanan
Sedang Memilih Menu Makanan.

Makan Briyani Best
Akhirnya memilih Nasi Briyani hihihi.

Selepas abis makan bro Zarul pun tiba dan kami terus menuju masuk ke dalam studio rakaman dan bermulalah sesi rakaman suara.
Rakaman Zarul Umbrella

Perubahan terbaru pada Lagu Ramalanku Benar Belaka nayayian Bro Zarul masih lagi berbisa dan matap!. Memang tidak sangka kozumi berpeluang untuk melihat serta mendengar rakaman suara Bro Zarul Umbrella secara dekat dan live. Perubahan yang di lakukan dalam Lagu Ramalanku Benar belaka ini memang sangat mengagumkan dan sangat dinamik memang sesuailah mengikut peredaran masa. Bila dihayati dengan nada yang menyentuh perasan memang perghhhh...kozumi kasi 9.9/10 lah....

Kepada korang yang menyukai dan minat akan lagu Bro Zarul ini pastikan korang dapatkan nanti CD yang original apabila keluar dipasaran nanti. Jangan pulak memandai-mandai mendownload di internet pula. Memang tidak berkatlah kalau berbuat sedemikian umpama menuai padi milik orang lain tanpa kebenaran.



gambar kredit: Boni Kacak

Top Commentator May 2013 Blog Jejaka Paling Nakal

98 comments


Salam semua, hari ini kozumi ingin umumkan Top Comments untuk bulan May bagi kaki komen Blog Jejaka Paling Nakal. Maaf agak terlewat untuk mengumumkannya atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Kepada rakan-rakanyang lain, jangan lepaskan peluang ini untuk merebut gelaran Top Comments di Blog Jejaka Paling Nakal ini setiap bulan. Setiap Top Comments akan mendapat hadiah berupa wang tunai.

Nampaknya pemenang Top Comments bulan ini adalah orang yang sama, Taniah di ucapkan kepada Datin Tyka. Kiraan komen ini kozumi telah ambil pada detik 31 June 2013 jam 12.00 malam.

Kepada Datin Tyka dan mohdazhar sila emailkan nama,email,no akaun(maybank) kepada koz di kozumi_ro@yahoo.com . 

Tempat Pertama: Datin Tyka RM50 
Tempat Kedua : mohdazhar RM30 





Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net