Powered by Jasper Roberts - Blog

4 Benda Remeh Yang Perempuan Selalu Komplen

3 comments

Perempuan ni kan, bukan saja lembut tapi seorang yang cerewet lah jugak. Maksud aku kat sini, perempuan suka merungut atas benda-benda yang remeh lagi tak masuk akal. Mengada-ada pun ade jugak. Tapi, tak semua perempuan macam tu ok? Certain je lah.


Nak tahu tak beberapa benda remeh yang dirungutkan oleh kaum Hawa ni? Hehe. Jom teruskan membaca. =)


1. Berat badan


Pantang betul bila berat badan naik sikit. =P

Ha ! Aku rasa yang ni majority perempuan suka merungutkan weyh. Bagi kaum Hawa ni, berat badan adalah salah satu benda yang paling sensitif untuk diceritakan kepada umum. Kalau kau tengok badan dia macam 'berisi' jek, jangan berani-berani nak tanya berat badan dia. Kang tak pasal-pasal masuk sepital sebab kena belasah nanti. Haha. Tapi kalau perempuan yang dah selim-melim tu, dia tak kesah pun nak beritahu berat badan dia kat satu dunia. Betul dak? Kesimpulannya, rajinkan lah bersenam setiap minggu untuk elakkan kegemukan 'Humty Dumpty'.


2. Boyfriend


Nasib badan ar law dapat 'buaya' camni.

Kalau dapat pakwe yang menepati cita rasa dia, konpem siang malam asek puji melambung jek sang jejaka pengarang jantung dia tuh. Citer kat housemates pasal pakwenya 100 kali pun tak pernah rasa penat. Kesian, housemates jugak yang cair taik telinga nak kena dengar benda yang sama berulang kali. Macam dia jek yang ada pakwe. Ha, cuba kalau pakwe dia tu bermasalah. Samseng, pembuli, kuat merokok, mat rempit, tak romantik dan bla bla bla yang lain. Konpem-konpem muka tu masam mencuka macam itik panggang jek sebab tak puas hati dengan perangai hantu pakwenya sendiri. So, you girls, camne boyfie korang? Haha


3. Takde baju nak pakai ?


Still got nothing to wear??? O.o .. goshh ~

Kalau perempuan tu sorang yang miskin tak berharta, baju yang ada pun sehelai dua, tu pun yang lusuh punya, memang boleh dimaafkan kalau bagi alasan macam tu. Kesian dia. Tapi kalau satu almari penuh baju bajan yang cantik dan okay jek tapi still bagi alasan "takde baju nak pakai", memang haruslah bagi dia makan kayu lah lepas ni. Hm, perempuan jenis ni memang high maintenance sikit. Kadang-kadang tu, baju baru pakai sekali dua jek dah takmo pakai lagi atas alasan "malu lah, nanti orang cakap I pakai baju bulan lepas".. Heh. Kalau jumpa minah macam ni, ketuk jek pale dia guna cangkul Tok Adi. >__<


4. Kasut yang menyakitkan


Sakit kaki ye kak? Aloo ciannye.. =3

Pandai beli, pandailah pakai, ye dak? Ni tak, dah gedik nak beli kasut mahal-mahal, tumit tinggi, bling-bling bagai, pastu bila jalan jauh sikit dah komplen kaki melecet lah, sempit lah, itu lah ini lah. Hee,, kalau kaki tu dah sakit, ada dua pilihan jek yang tinggal. Beli kasut yang selesa atau pakai jek kasut yang menyakitkan kaki tu diam-diam. Ada paham?? Tu lah, bernafsu sangat nak beli kasut yang cantik tapi tak cuba nak test dulu tahap keselesaannya. Haih.. perempuan, perempuan.... =_____=



Ha, betapa kompleksnya perempuan ni kan?
Jadi, sebagai lelaki yang bakal nak jadik suami orang tu nanti, kena pandai-pandailah tahan dengan sikap pasangan korang tu ye. Jangan sampai benda kecik macam ni pun dah boleh buatkan korang bercerai-barai. Huhu. Nauzubillah. 



Sepatah kata Iman Hayfa :

Hehe, sebagai seorang Hawa, aku akui lah aku pun kadang-kadang ada merungut pasal benda-benda kat atas ni. Tah tetibe jek perangai busuk tu datang mengacau jiwa. Walaupape pun, aku bersyukur dengan diri aku dan keadaan aku sekarang. Alhamdulillah. =)

Mungkin Benda Ni Boleh Buat Anda Gelak Sebentar ?

1 comments

Hai semua.
Tadi terjumpa dua gambar ni. Bila hayati betul-betul apa yang ada dalam gambar ni, memang membuatkan aku tergelak. Siyesly. Cuba korang bacam betul-betul. Baca dengan hati taw ! =P














Hehehe. Amacam? Tergelak tak? Kalau tak, sah lah korang ni memang hati kering betul =_____="



Sepatah kata Iman Hayfa :

Ketawa boleh menghilangkan stress sekaligus membantu melancarkan proses pembelajaran kita. Tapi kalau ketawa berlebihan, hati akan mati. 


Wajah Dulu Dan Kini 5 Artis Popular

1 comments

Aku yakin ramai je penduduk Amerika yang suka sangat nak ceburi bidang yang pemes-pemes ni. Sebab tu lah dari kecik lagi dah dididik untuk menonjolkan bakat masing-masing agar fofular bila dah besar.



So, jom kita tengok retis mana lah yang kecik-kecik lagi dah pemes. Adakah korang kenal lagi dengan dorang ni?



 1. Miley Cyrus.


Sape jek yang tak kenal dengan budak yang terkenal dengan watak "Hannah Montana" ni weyh?? Dah lah innocently comel, suara sedap pulak tu. Nak-nak bila dia nyanyi lagu "The Climb" yang sangat perghhhhhh tu. Tapi malangnya, bila dah besar, jadi perempuan tah pape pulak =_____=. Bagi peminat tegar citer Hannah Montana, mesti sangat kecewa dengan karakter baru Miley ni. Kan?



2. Raven Symone



Ni adalah pelakon dalam citer "That's So Raven". Alaaaa, pompan yang psiko psikik boleh tengok dan ramalkan apa yang akan berlaku pada masa akan datang tu. Sape yang zaman kecik-keciknya suka tengok Disney Channel, mesti tahu citer ni. Er,, tapi sekarang Raven ni macam senyap jek...? Atau aku yang tak pernah tahu perkembangan dia ni? pfffttt =P



3. Hayden Panettiere


Aku tak pernah perasan pulak si Hayden ni berlakon masa kecik-kecik dulu. Eh, ke aku yang memang tak pernah kenal dia masa kecik ea? Hehe. Yang penting, aku suka sangat tengok dia sengih nampak gigi dia yang cantik tersusun tu. Cantik. Paling aku suka tengok dia berlakon dalam citer pape yang melibatkan cheerleading macam "Bring It On".



4. Emma Watson


Hoi hoi hoi... sape jek yang tak pernah tengok citer "Harry Potter" ni? Ish, sekuel ni pemes kot ! Kelakar kalau korang kate tak penah dengar. Hikhik. Walaupape pun, aku paling suka tengok Harry Potter and the Sorcerer's Stone. Time dorang masih sangat kebudak-budakan. Harry, Hermione dan Ron Weasley. Persahabatan yang sangat kiut. =3 . Kecik-kecik si Emma ni, comel. Dah besar cun bergaya lah pulak. Kan?



5. Selena Gomez


Heee.. Si Selena ni pulak, dari dulu sampai lah dah anak dara boleh kawen ni, aku muka dia macam tuuu jek. Tak berubah mana pown. Baby face sangat. Tak payah cucuk botox weyh. Haha. Katenya dia pemes dalam citer "The Suite Life Of Zack & Cody" kat Disney Channel tu. Tapi korang kenal Selena Gomez ni kat dalam citer apa? Atau lagu dia yang mana yang korang suka dengar ea?



So, antara 5 artis yang aku tunjukkan ni, yang mana satu korang paling suka dan yang mana satu korang dah kenal paling lama? Cewahhh. Bajet macam kawan lama pulak dahh >__<. Oh ya, dan yang mana satu korang rasa membesar dengan cantik dan molek?



Sepatah kata Iman Hayfa :

Hee,, kalau retiss, dari kecik sampai besar orang korek nak tahu perkembangan diri dorang. Aku ni? Nama penuh aku pun takde orang nak amek tahu. Jeles? Ceh. Takde mase lah. =3



Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net